Monday, November 10, 2014

Ekspedisi Saintifik Gunung Raya 2014


25 Oktober, Pusat Penyelidikan Langkawi - Seramai 67 penyelidik yang terdiri daripada pelbagai bidang kepakaran telah menyertai Ekspedisi Saintifik Gunung Raya yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Langkawi, UKM dengan kerjasama LADA, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Jabatan Mineral dan Galian, Jabatan Perhilitan Negeri Kedah dan Jabatan Perparitan dan Saliran Negeri Kedah.

Tujuan ekspedisi ini dilaksanakan adalah untuk melengkapkan pengkalan data sumber asli dan budaya kepulauan Langkawi. Diharapkan dengan kajian ini dapat membongkar khazanah alam di sekitar Gunung Raya demi faedah dan manafaat akademik serta dapat membantu industri pelancongan di Langkawi.

Antara bidang kajian yang diberi tumpuan pada ekspedisi kali ini ialah geologi, biologi, komuniti dan masyarakat setempat serta kajian pencemaran sungai akibat aktiviti pelancongan.

Menurut Dr. Kamal Roslan, Pengarah Pusat Penyelidikan Langkawi hasil kajian ini akan dibukukan bagi tujuan rujukan dan akademik sebagimana ekspedisi Selat Kuah dan Bukit Sawak. Menurut beliau lagi, pihaknya akan sentiasa merancang dan menyelaras aktiviti kajian di Langkawi bagi memastikan khazanah alam semula jadi di Langkawi Geopark mempunyai pengkalan data yang lengkap.





Sunday, October 12, 2014

Lawatan bersama MTCP

Pada 3 September 2014, peserta Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia telah mengadakan lawatan ke Kilim Karst Geoforest Park. Program ini melibatkan hampir 30 orang peserta dari beberapa buah negara antaranya Taiwan, Vietnam, Laos, Maldives, Filipina, Malaysia dan beberapa negara dari benua Afrika. Beberapa pegawai dan staf Bahagian Geopark yang diketuai oleh En Mohd Rohaizad telah mengiringi lawatan ini sambil memberi penerangan mengenai setiap tempat yang dilawati.
Taklimat awal telah diberikan sebagai pengenalan mengenai Langkawi Geopark dan maklumat asas mengenai aspek keselamatan. Selepas itu peserta dibawa melawat ke Gua Kelawar untuk melihat keunikan struktur gua seperti stalagtit, stalagmit dan tiang gua. Peserta juga diberi penerangan mengenai spesis kelawar dan fungsi hutan paya bakau untuk kelestarian alam.
Seterusnya, peserta dibawa menyelusuri Sungai Kilim untuk melihat burung helang serta struktur batuan yang terdapat di kawasan ini.
Peserta diberikan peluang untuk berinteraksi secara dua hala dengan pegawai dan staf geopark. Melalui hal ini, peserta mendapat maklumat secara menyeluruh mengenai Langkawi Geopark. Lawatan diakhiri dengan
kunjungan ke taman ikan milik warga tempatan. Di situ, peserta dapat melihat pelbagai jenis ikan yang diternak untuk tujuan pameran.
Program ini tamat sekitar jam 1 tengah hari dengan kenangan manis yang dibawa oleh para peserta ke negara masing-masing. Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk mempromosikan Langkawi Geopark serta mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab terhadap alam sekitar,



Wednesday, September 17, 2014

Program 'School to Geopark'


Dalam usaha meningkatkan pemahaman generasi muda terhadap Langkawi Geopark, program-program pendidikan dan kesedaran awam telah dipergiatkan.  Pada 16 Ogos 2014, Bahagian Geopark, LADA telah mengadakan program School to Geopark dengan kerjasama Kolej Vokasional Langkawi. Program ini menyusul setelah  Program Geopark to School, iaitu penerangan secara teori diadakan pada 3 Jun 2014 bertempat di Kolej Vokasional. Seramai 40 orang pelajar serta tenaga pengajar dibawa melawat Dayang Bunting Marble Geoforest Park iaitu salah satu dari tiga Taman Rimba di Langkawi Geopark. Program dimulakan dengan taklimat ringkas oleh En Khairul bin Abdul Ghalim, selaku pegawai yang bertanggungjawab menyelaras program pendidikan mengenai perjalanan program dan disusuli dengan taklimat keselamatan. Selain melawat keindahan Pulau Dayang Bunting, pelajar serta guru diberi pemahaman mengenai unsur-unsur geologi dan biologi oleh pegawai dan kakitangan Bahagian Geopark. Pelajar serta guru telah dipecahkan dalam kumpulan yang kecil untuk memastikan komunikasi dua hala dapat dijalankan dengan lancar.


Selain melawat keindahan Pulau Dayang Bunting, mereka juga dibawa ke Pulau Ular untuk melihat spesies Bakau Pasir atau Rhizophora stylosa iaitu spesies bakau yang jarang ditemui dan dikategorikan sebagai terancam. Pelajar diberi penerangan mengenai spesis bakau serta kepentingan memelihara hutan bakau kepada ekosistem dan kelangsungan hidup hidupan. 


                                           Penerangan mengenai unsur geologi di Pulau Ular

Program ini tamat sekitar jam 2.30 petang dengan kenangan indah yang dibawa pulang oleh para pelajar. Program ini akan diteruskan dari masa ke semasa dalam usaha membentuk 'Geopakian' yang bertanggungjawab terhadap langkawi Geopark.

Monday, June 23, 2014

Geopark Teacher 2014 - Program Pendidikan Awam Langkawi Geopark


Langkawi, 21 Jun 2014: Bertempat di Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Pantai Kok telah berlangsung satu Program Geo-Teacher anjuran Bahagian Geopark LADA, Pejabat Pendidikan Langkawi, Pusat Penyelidikan Langkawi, UKM dan sekolah-sekolah di Langkawi. Seramai 30 orang peserta daripada guru sekolah telah menghadiri program ini

Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran guru-guru di Langkawi berkenaan dengan konsep Langkawi Geopark. Selain itu juga, tujuan utama program ini adalah mewujudkan kerjasama di antara pihak sekolah dan Bahagian Geopark LADA untuk sama-sama membantu merancang program yang dapat meningkatkan kesedaran para pelajar Langkawi terhadap kepentingan atau kesedaran mengenai keperluan menjaga Langkawi sebagai sebuah Geopark. 
Di antara pengisian program yang telah dilakukan adalah, guru-guru telah di beri taklimat mengenai pengenalan Langkawi Geopark, pencapaian dan cabaran yang di hadapi bagi memartabatkan Langkawi Geopark serta taklimat program perancangan pendidikan awam untuk sekolah-sekolah di Langkawi yang telah disampaikan oleh Cik Rasanubari Asmah Rahmah Abd Hamid dan En. Khairul Nizam Bin Abd Ghalim, pegawai dari bahagian Geopark LADA. Selain itu juga, Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) turut diperkenalkan oleh Cik Ku Adriani Binti Ku Ayob sebagai sebuah pusat ilmu atau pusat rujukan berkenaan dengan Langkawi Geopark. 
Pada sebelah petang pula, guru-guru telah di bawa ke Kilim untuk sesi lawatan dan pengenalan kepada paya bakau, gua kelawar dan sangkar ikan bagi merasai pengalaman sebenar supaya dapat di jadikan sumber rujukan untuk modul-modul yang bakal di terbitkan untuk pelajar sekolah pada masa akan datang.

Thursday, May 1, 2014

20,200 ANAK BAKAU UNTUK MALAYSIA BOOK OF RECORDS

Volunteers arrived at Selat Bagan Nyiur


Bersempena sambutan Hari Bumi pada bulan April 2014, Institut Rimbawan Malaysia (IRIM) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah menganjurkan program penanaman bakau pada 27 April 2014. Sebanyak 20,200 anak bakau telah ditanam di Pulau Dayang Bunting, Langkawi sekaligus memecahkan Malaysia Books of Records (MBOR). Rekod terdahulu adalah sebanyak 11,111 anak bakau yang dicatatkan pada tahun 2011 di Perlis.

Anak bakau yang ditanam adalah daripada spesies bakau minyak (Rhizpora apiculata) dan bakau kurap (Rhizopora mucronata)yang merupakan spesies bakau yang paling banyak ditemui di Malaysia.

Getting ready to getting muddy

20,200 holes to be fill with seedlings

The volunteers took places in the mangrove swamp


Get set to plant


MBOR's representative (red) supervising the program

Checking the number

Yeah!!! We did it!!!

Forestry Department - the unsung heroes


Program ini telah dijayakan oleh hampir 2,000 sukarelawan daripada SSYEAP, iM4U, Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Friends of Langkawi Geopark (FLAG) dan agensi kerajaan seperti Jabatan Perhutana Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dan PULAPOL Langkawi bersama Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi, Lembaga  Pembangunan Langkawi (LADA), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM),Jabatan Pengairan dan Saliran Langkawi, Majlis Perbandaran Langkawi, Jabatan Kerja Raya Langkawi, Rakan Alam Sekitar dengan disokong oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. 

Program ini dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar; Datuk Seri Dr James Dawos Mamit; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Dato' Nik Mohd Shad Nik Mustafa dan Presiden SSYEAP, Encik Suhairi Karim.




Tun Abdullah signing the MBOR's certificate


VVIPs of the program with  organizer


Program ini merupakan platform bagi meningkatkan kesedaran mengenai hutan bakau sukarelawan dan memberi pendedahan kepada komuniti tentang kepentingan hutan bakau untuk kelestarian ekosistem sungai dan sebagai sumber makanan laut .



Biggest Mangrove Seedling Replanting Event

In conjunction with Earth Day celebration in April, Institute of Foresters Malaysia (IRIM) and Kedah State Forestry Department had organized biggest mangrove seedlings planting with total of 20,200 seedling and broke the existing record made in 2011 with 11,111 mangrove seedling in Perlis. The number choose is related to the Vision 2020, idea launched by Tun Dr Mahathir Mohamed in 1991. 

The mangrove species are Rhizopora apiculata and Rhizopora mucronata the most abundant mangrove species that could be found almost everywhere in mangrove forest through out Malaysia.


Almost 2,000 volunteer had joined in this event from various association and agencies such as SSYEAP, iM4U, Malaysian Nature Society, Friends of Langkawi Geopark, Peninsular Malaysia Forestry Department, trainee of Langkawi Police Academy, student from Langkawi's school, LADA, JKR uniform agencies of Malaysia Navy, Maritime Enforcement Agency, Langkawi Council, Langkawi District Office and supported by Natural Resources and Environment Ministry. Former
 Prime Minister of Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi is the honoured guest of the day along with Datuk Seri Dr James  Dawos Mamit, of Natural Resources and Environment Minsitry, Dato' Nik Mohd Shah Nik Mustafa of Peninsular Malaysia Forestry Department and Encik Suhairi Karim of SSYEAP.

This program has acted as a platform to disseminate the importance of mangrove ecosystem to the volunteers and local of Langkawi as nursery ground for fishes and crustaceans.

Friday, March 28, 2014

PROGRAM PEMBERSIHAN SUNGAI KILIM 2014

Seramai 1,400 sukarelawan telah menyertai program ini yang julung kali dianjurkan oleh Kelab Rotary Langkawi pada 15 Mac 2014. Sukarelawan terdiri daripada pelajar sekolah, kakitangan agensi kerajaan, pertubuhan NGO lain dan penduduk kampung. Program ini bertujuan untuk membersihkan sungai di Kilim Karst Geoforest Park daripada sampah yang terapung dan dalam kawasan hutan bakau seperti tong, plastik, tali dan pelbagai lagi bahan yang mencacatkan pemandangan di sekitar Kilim. Program ini memberikan pendedahan dan kesedaran mengenai usaha konservasi dan rasa sepunya kepada alam sekitar Langkawi. Di penghujung program ini, hampir seratus kilogram sampah telah dikumpulkan daripada sungai dan hutan bakau oleh sukarelawan.

Briefing to all participants


Participants Flag-off 

Some of the volunteers

Geosite of Teluk Mempelam 

Looking for rubbish between the limestone rocks

Rubbish in mangrove

Catch of the day


Almost 1000kg rubbish that we manage to collect.
Our heroes and heroins!!!

KILIM’S RIVER CLEAN UP 2014

Almost 1,400 volunteer has shown up as early as 7.30 in the morning for this program organized for the first time by Langkawi Rotary Club. The volunteer are from various background and agencies from student, government officer, other NGO members and also local communities. This program aims to clean up the rivers from floating rubbish and all sort of other materials such as ropes, barrels and plastics and also to educate and create awareness the volunteer and public to care and have  sense of belonging to our Langkawi’s environment. At the end of the program, we manage to accumulate almost 100 kg rubbish from the river and mangrove forest.

Thursday, January 23, 2014

Program Konservasi dan Gotong-Royong Langkawi Geopark 2013

Untuk menutup tirai tahun 2013, Langkawi Geopark telah mengadakan Program Gotong-Royong di Dayang Bunting Marble Geoforest Park dan Machinchang Cambrian Geoforest Park. Program ini melibatkan komuniti di Langkawi dan juga agensi-agensi kerajaan di Langkawi. 

To close the year of 2013, Langkawi Geopark held a Gotong-Royong Programme in Dayang Bunting Marble Geoforest Park and Machinchang Cambrian Geoforest Park. This program involves the local communities as well as government agencies.

30 Disember 2013
Seramai 100 orang penduduk kampung daripada 6 mukim di Langkawi telah turut serta dalam program gotong-royong yang melibatkan 3 buah pulau dalam kawasan Dayang Bunting Marble Geoforest Park iaitu Pulau Ular, Pulau Beras Basah dan Pulau Dayang Bunting. Hampir 40 beg sampah telah dikumpulkan apabila program berakhir pada jam 12 tengahari. Selain bergotong-royong membersihkan kawasan pulau yang menjadi tumpuan pelancong, komuniti juga diberikan peluang untuk melawat geotapak dan diberikan penerangan mengenai geologi dan flora fauna yang terdapat di pulau-pulau tersebut. 

About 100 peoples  from 6 mukim (sub-districts) in Langkawi had participated in a gotong-royong programme involving 3 islands in Dayang Bunting Marble Geoforest Park; Pulau Ular, Pulau Beras Basah and Tasik Dayang Bunting of Pulau Dayang Bunting. Everybody had gathered as early as 8 am and were divided into 3 groups of each 3 islands.  We had succeed to gathered almost 40 garbage bags when the program ends at 12 noon. The local communities of Langkawi is also given the opportunity to visit some geosites and they had been given explanation of the geology and biology of the islands.


31 Disember 2013
Pada hari kedua program gotong-royong ini pula melibatkan seramai 120 kakitangan daripada agensi kerajaan beruniform di Langkawi seperti Bomba, Tentera Laut, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan staf Panorama Langkawi serta staf baru LADA.
Program gotong-royong ini kali ini melibatkan trek penyelenggaraan kereta kabel sepanjang hampir 3 kilometer yang akan memakan masa selama 2 jam perjalanan. 
Peserta gotong-royong telah membersihkan trek tersebut daripada pokok-pokok hutan yang telah mati,  dan menghalang laluan serta turut membersihkan  sampah di laluan. Selain daripada program pembersihan, peserta juga turut diuji ketahanan fizikal dan mental kerana perlu melalui trek hutan dan menuruni gunung. 

On the next day,  a total of 120 personnel  of uniform  agencies such as the Fire Department, Navy, maritime enforcement agency as well as the staff of Panorama Langkawi (manager of SkyCab) and LADA's new staff has joined the programme  at Gunung Machinchang - SkyCab maintenance trail. 
The  track is nearly 3 kilometers which will take about 2 hours to finish.  Participants are tasked to clean the track from fallen and dead trees and clean out the path from  trash. Participants also tested on physical endurance and mental because going through the forest tracks and down the mountain.

Penutup
Program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat dalam menjaga kemudahan dan kawasan pelancongan di Langkawi. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memupuk semangat bekerjasama di kalangan komuniti dan agensi kerajaan di Pulau Langkawi
Langkawi Geopark akan merancang dan melaksanakan program-program konservasi yang lebih berkesan pada tahun 2014. Dan mengharapkan akan dapat sokongan yang lebih kuat dan penyertaan yang lebih ramai. 
Marilah bersama-sama menjaga kelestarian Langkawi Global Geopark untuk generasi akan datang!!!

Closing Remark
Langkawi Geopark will plan and organize more effective conservation program in 2014. And look forward to be able to receive a stronger  support and larger  participation from all of you.   
Let us together make Langkawi Global Geopark will be sustain for future generations!!!